Khamis, 1 Januari 2009

Kempen 'Simpati Dan Sehati Terhadap Gaza'



Kempen 'Simpati dan Sehati terhadap Gaza' diteruskan lagi. Ini antara inisiatif bagi menunjukkan bahawa kita juga peduli terhadap apa yang telah berlaku di Palestin. Kempen yang telah di lakukan pada 2 Disember baru-baru ini, kini menuntut untuk di lakukan lagi berikutan serangan ganas Israel bermula 27 Disember yang lalu.

Maka, kempen ini juga berterusan bersesuaian dengan realiti semasa setelah mendapat galakkan dari PMRAM. Kempen ini dijalankan 3 bentuk sekaligus, iaitu:

1) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai hari ini(Ahad, 28/12/08) sehingga hari Sabtu akan datang 03/01/2009 melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

2) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengadakan solat hajat serta qunut nazilah(sama ada secara berjemaah atau bersendirian) secara berterusan dari hari ke hari. Saranan ini bermula hari ini (Ahad, 28/12/08) sehingga akhir peperiksaan fasa pertama.

3) Bergelap selama 15 minit pada hari Sabtu akan datang, 03/01/2009(Sabtu malam Ahad) bermula jam 7.30 malam waktu Mesir.

Inilah cara untuk kita berdemonstrasi dan tunjuk perasaan memandangkan keselamatan dan keamanan Mesir yang tidak mengizinkan kita berdemonstrasi di jalanan. Ayuh! kita lakukan bersama.

Ya ALLAH,
selamatkanlah seluruh umat Islam,
ya Allah,kami mnjadikan Engkau sebagai pelindung dr musuh2 kami,
kami berlindung dari kejahatan mereka,
ya Allah,patahkanlah semangat mereka,
pecah belahkan kesatuan mereka,
letakkan perselisihan antara mereka,
gentarkanlah langkah2 mereka,
utuskanlah kpd mereka drpd anjing2Mu utk melawan mereka,
wahai Tuhan yg Maha perkasa,Maha Hebat,Maha Kuat..,
wahai Tuhan yg menurunkan kitab,yg menjalankn awan..,
wahai Tuhan yg menundukkan tentera Ahzab,
kalahkan mereka dan bantulah kami...ya Allah..
hanya padaMu kami memohon bantuan...
selamatkanlah umatMu ini...
amin...

Tiada ulasan: