Rabu, 19 November 2008

..ketenangan yang dicari...



Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka (yang telah sedia ada) dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana".(Al Fath:Ayat 4) Sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia inginkan ketenangan didalam jiwa diri masing-masing.Mencari ketenagan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar kerana kita sering tersungkur dan tewas dengan kehendak nafsu yang bermaharajalela dalam diri.Pelbagai cara yang dilakukan untuk menenangkan diri,ada yang mencarinya dengan duduk bersendirian ditempat yang dirasakan tenang jauh dari kesibukan sambil cuba menikmati panorama seindah mungkin,mudah-mudahan hati akan terbentang saujana mata memandang,atau ada juga yang menulis,melukis dan menyanyi yang boleh dikatakan dapat menghilangkan segala kekusutan dalam diri.Tidak kurang juga dengan menangis mereka akan merasa lebih tenang malah berasa puas dan pelbagai cara lain lagi yang dilakukan mengikut kehendak diri sendiri. Terkadang dalam menjalani kehidupan seharian,kita sering terfikir dan tertanya-tanya malah tercari-cari dimana ketenagan yang sebenarnya,lalu hati ingin sekali mencarinya.Kenapa hati seringkali berasa gelisah,walaupun pada zahirnya kita gembira.Adakah kita memang benar-benar gembira dan bahagia dengan kehidupan? tanyalah diri kita masing-masing,walaupun pelbagai cara dilakukan akan tetapi akan rasa juga secalit perasaan tidak tenteram dalam diri.Sedarkah kita,jika kehidupan yang semakin jauh denganNYA serta maksiat masih lagi dilakukan,bagaimana memperoleh ketenangan yang hakiki.Kita juga diuji dengan bisikan dan godaan jahat syaitan,hanya dengan keimanan yang benar-benar mantap mampu mengalahkannya. Mukmin yang mencapai ketenangan yang hakiki tidak akan mampu melakarkan nikmatnya dengan kata-kata.Hanya bunga dan buahnya yang dapat dilihat dan dirasa.Untuk mencapai ketenanagan jiwa,perlu merasa cukup dan rela serta sentiasa bersyukur apa yang telah dikurniakanNYA.Berasa kerdilnya diri dengan pelbagai anugerah nikmat yang tidak terkira dikurniakan oleh Allah kepada hambaNYA agar mereka sentiasa ingat dan brsyukur dengan nikmat-nikmatNYA.Jangan kita dilalaikan dengan nikmat dunia semata-mata yang hanya pinjaman dan tidak akan kekal selamanya. Hati tidak akan tenteram selagi maksiat masih bermaharajalela dalam diri,serta tidak bersungguh-sungguh taqarrub kepadaNYA,jika tidak ketenangan yang dapat hanyalah sesaat cuma dan kepuasan yang tidak asli.Sabda Nabi s.a.w:"Melazimi hati dengan zikrullah mudah-mudahan dapat menyucikan hati dari noda-noda hitam diikuti dengan solat yang khusyuk".Hanya padaNYA kita mengadu,merintih dan hanya padanya kita berserah diri dengan penuh khusyuk agar kita memperoleh ketenangan yang sebenarnya.Bila hati ikhlas keranaNYA akan terasa betapa nikmatnya hanya dengan mengingati Allah dan hati akan menjadi lebih tenang dengan dengan selalu khusyuk,khudu' dan tunduk padaNYA saban waktu.Amat beruntunglah bagi hamba-hambaNYA yang telah dikurniakan ketenangan dalam kehidupan mereka.Firman Allah:"Orang-orang yang beriman itu menjadi tenang hati mereka dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenang".(Ar Rad:Ayat 28)

Tiada ulasan: